Isu TPM: Isham Jalil persoal penglibatan Annuar Musa

Isu TPM: Penglibatan Annuar Musa dipersoal

ISHAM JALIL (kiri), ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mempersoalkan penglibatan Tan Sri Annuar Musa berhubung perjanjian dengan Perikatan Nasional (PN) untuk melantik Timbalan Perdana Menteri.

Ini kerana, katanya, Annuar disebut-sebut sebagai pemimpin UMNO yang terlibat, malah turut tertera namanya dalam perjanjian tersebut.

“Mungkin Annuar Musa boleh komen sama ada ia betul atau tidak. Sebab pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ada sebut nama dia dan surat perjanjian yang tular itu. Ada tandatangan dia. Jika betul, saya ingin tanya, dia ada tanya parti dan MKT kah semasa dia tandatangan perjanjian itu?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab perjanjian seperti ini adalah bukan perkara kecil, dan ia bukan sahaja melibatkan ahli-ahli Parlimen dalam kerajaan, ia juga memberi kesan besar kepada parti-parti politik dalam kerajaan termasuk dan lebih-lebih lagi UMNO,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, jika surat itu tidak benar, beliau meminta supaya ia diperjelaskan supaya ia tidak menjadi polemik dalam parti.

“Akar umbi dan rakyat ingin tahu. Ini bukan isu yang boleh disorok di bawah karpet.

“Jangan khianat parti dan jangan membelakangi parti dan akar umbi UMNO,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menempelak tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang terlibat secara langsung dalam membuat draf perjanjian dan memorandum perjanjian (MoA) untuk melantik Timbalan Perdana Menteri.

“Side-dealing begini boleh merosakkan parti dan melanggar disiplin parti. Rakyat sedang susah dengan masalah ekonomi, kamu orang sibuk ingin rebut jawatan kerajaan, jawatan menteri dan timbalan perdana menteri. 

“Kamu orang ini menteri. Tanggungjawab utama kamu adalah kepada rakyat, bukan habiskan masa fikir tentang soal politik diri sendiri. Fokuslah kepada penyelesaian masalah rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×