Isu jemaah terkandas bukan bawah Kementerian Pelancongan - MTC

Isu jemaah terkandas bukan bawah Kementerian Pelancongan – MTC

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Tourism Council (MTC) menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berhubung isu penipuan haji adalah tidak benar dan mengelirukan.

Presiden MTC, Uzaidi Udanis berkata, isu itu bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, sebaliknya mengikut Akta Parlimen, semua urusan haji adalah di bawah kelolaan Tabung Haji.

“Oleh itu, kenyataan Datuk Idris yang mengatakan isu haji adalah di bawah Kementerian Pelancongan adalah tidak betul dan ia mengelirukan orang awam terutama jemaah haji yang terkandas baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau berharap pihak menteri memperbetulkan kenyataan beliau.

“Datuk Idris patut lebih proaktif dalam membantu menyelesaikan isu jemaah haji yang terkandas ini dan bukan hanya menolak isu ini kepada pihak yang lain seperti Kementerian Pelancongan,” katanya.

Katanya lagi, pihak kementerian di bawah kepimpinan Nancy sedang mencuba sedaya upaya untuk membantu memulihkan industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Amat tidak adil seseorang Menteri Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) menolak isu haji ini ke pihak kementerian. Ini akan menjejaskan nama baik kementerian di kalangan orang awam,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN