Isteri saya belum bersedia - Azmi Saat

Isteri saya belum bersedia – Azmi Saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bimbang emosi isteri terganggu, vokalis kumpulan Caliph Busker, Azmi Saat mengakui belum bersedia menyuarakan hasrat untuk memiliki cahaya mata.

Ujar Azmi, dia faham dengan keadaan isteri, Nazirah Muhamad yang masih terkesan dan berduka selepas anak sulung mereka, Khairul Afnan bertemu pencipta pada September tahun lepas.

“Takut nak tanya isteri tentang anak. Pernah sekali, awal tahun ini, saya nyatakan hasrat untuk melakukan rawatan agar dapat memiliki cahaya mata lagi.

“Isteri saya belum bersedia. Katanya dia seronok kalau menimang cahaya mata secara semula jadi. Tapi, kalau buat rawatan, dia takut perkara sama berulang lagi.

“Saya hormati keputusannya dan tidak lagi berbicara soal anak kepadanya,” katanya.

Azmi berkata demikian pada Jumaat lalu sempena pelancaran lagu Permataku di pejabat Indigital, Petaling jaya, Selangor.

Bercerita tentang keadaan Nazirah, dia memaklumkan isterinya itu adakalanya bersedih mengenangkan kehilangan mereka.

Namun, kata Azmi dan sebolehnya agak menyembunyikan kesedihannya untuk menjaga emosi isterinya.

“Dia sudah okey. Tapi, ada masa perasaan sedih itu datang secara tiba-tiba. Jadi dia akan minta bawa dia ziarah kubur anak untuk melepaskan rindu.

“Saya tak boleh (sedih). Saya reda. Apabila dapat azankan san uruskan jenazah (anak), saya tak sedih keterlaluan,” katanya lagi.

Khairul menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan fungsi otak selepas tiga hari dilahirkan.

Bayi tersebut merupakan cahaya mata sulung pasangan tersebut selepas 10 tahun berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN