MELAKA: Seorang wanita warga emas dipercayai maut selepas dikelar anak sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang tadi, mangsa yang berusia 60-an dipercayai telah dibunuh oleh anak sulungnya berusia 40-an.
Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis. – UTUSAN











