Hujan, cuaca buruk resahkan penduduk Baling

Hujan, cuaca buruk resahkan penduduk Baling

PENDUDUK menunjukkan suasana redup di sekitar Gunung Inas yang mendatangkan kebimbangan dan takut sekiranya berlaku lagi banjir dN kepala air di Kampung Bukit Iboi, Kupang, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Hujan hampir setiap hari terutama di sebelah petang menyebabkan penduduk di sekitar Gunung Inas, di sini berasa takut dan bimbang dengan kejadian seperti kepala air berulang.

Apatah lagi Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di utara dan Pantai Timur Semenanjung termasuk di beberapa kawasan di Kedah iaitu Sik dan Baling.

Seorang penduduk , Abdullah Ahmad, 65, berkata, masyarakat setempat terutama mangsa-mangsa banjir dan kepala air sepertinya berada sangat tertekan khususnya melihat keadaan cuaca yang mendung dan awan hitam di sebelah Gunung Inas.

“Setiap hari kami memandang ke arah Gunung Inas apabila cuaca mendung dan menampakkan yang mungkin hujan. Bimbang sekiranya hujan lebat menyebabkan air Sungai Kupang berarus deras dan melimpahi tebing.

“Kami masing-masing berjaga-jaga, barang-barang bantuan seperti peti ais, televisyen, mesin basuh dan perkakasan dapur serta barang makanan yang diterima dipindahkan ke atas rumah yang lebih tinggi dan berharap tragedi 4 Julai lalu tidak berulang,” katanya semalam.

Abdullah berkata, dia dan isterinya, Che Liah Ramli, 62, sudah letih mencuci rumah mereka yang berlumpur setiap kali banjir memasuki rumah mereka.

Sementara itu, Malik Arshad, 59, pula berkata, hujan terutamanya pada sebelah petang hingga ke malam amat membimbangkan mereka.

“Ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia dan mengatakan cuaca buruk akan berlaku di Baling dan Sik, amat merisaukan kami.”

“Selagi tidak diselesaikan punca-punca yang menyebabkan kejadian banjir ini berlaku, selagi itulah masalah ini tidak akan selesai dan penduduk sentiasa berada dalam kebimbangan,” ujarnya.

Katanya lagi, hampir sebulan kejadian banjir dan kepala air berlaku dan mereka ingin hidup dalam keadaan aman dan tenteram seperti sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya