HSP 2.0 galak saringan kesihatan

HSP 2.0 galak saringan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Sime Darby Plantation Berhad (SDP) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Saringan Kesihatan PERKESO 2.0 di Sime Darby Plantation Academy, Pulau Carey, semalam.

Pelancaran Program Saringan Kesihatan PERKESO 2.0 atau HSP 2.0 ini adalah bagi memaklumkan kepada orang ramai secara rasminya mengenai pelaksanaan semula program pemeriksaan kesihatan percuma buat pencarum yang telah bermula sejak 1 Jun.

Perkeso dalam kenyataan memaklumkan sebelum ini, operasi HSP terpaksa ditangguhkan sementara dari 1 April 2020 hingga 31 Mei lalu, bagi memberi laluan dan menyokong usaha Kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19.

“Melalui HSP 2.0, PERKESO telah membawa beberapa penambahbaikan termasuk memperbaharui parameter saringan kesihatan dengan memperkenalkan saringan kesihatan mental dan penilaian risiko kesihatan keluarga bagi memastikan program ini kekal kondusif dan relevan buat golongan pekerja. 

“Berdasarkan statistik PERKESO, seramai 3.6 juta pekerja layak mendapatkan saringan kesihatan percuma di bawah HSP dan daripada jumlah tersebut, seramai 576,902 pekerja telah menjalani saringan kesihatan ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata HSP 2.0 yang kini dibuka kepada pencarumnya yang berumur antara 30 hingga 39 tahun dan mempunyai risiko penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Diseases (NCD). 

Katanya, kriteria baharu yang diperkenal ini bertujuan untuk memperluas akses saringan kesihatan kepada pekerja daripada pelbagai peringkat umur, sekaligus membolehkan lebih ramai pencarum dapat menikmati insentif ini.

“Pelaksanaan semula HSP menerusi versi 2.0 juga adalah sejajar dengan Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional (NHSI) yang akan dilancarkan oleh Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) pada Julai ini. 

“Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan yang berumur 40 tahun ke atas untuk menjalani saringan kesihatan,” tambahnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya