Henti pembalakan secara tebang habis - Kuasa

Henti pembalakan secara tebang habis – Kuasa

Hafizudin Nasarudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktiviti pembalakan secara tebang habis di dalam kawasan hutan simpan kekal  yang meliputi lebih 85 peratus daripada jumlah hutan di Semenanjung Malaysia harus dihentikan. 

Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Hafizudin Nasarudin berkata, aktiviti pembalakan secara tebang habis akan melenyapkan hutan semula jadi yang asal serta memusnahkan ekosistem secara keseluruhan. 

Selain itu, katanya, aktiviti berkenan mampu mengundang kepada kepupusan spesies akibat kehilangan habitat dan  permasalahan yang lebih besar kepada manusia, umpamanya bencana alam dan kehilangan sumber kehidupan komuniti. 

“Mengikut Dasar Perhutanan Negara dan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Seksyen 19), aktiviti pembalakan secara tebang habis di dalam kawasan hutan simpan kekal bagi tujuan pelbagai pengeluaran hasil seperti kayu balak dan mineral masih dibenarkan.

“Kami bersetuju pembalakan secara lestari mengikut garis panduan yang diluluskan di kawasan yang kurang sensitif dijalankan tetapi harus dikawal dengan baik kerana keperluan ekonomi dari sumber pembalakan tidak dapat dielak,” katanya. 

Hafizudin berkata, Kuasa berharap kerajaan dapat mengezonkan keseluruhan kawasan hutan simpan kekal di Semenanjung sebagai kawasan sensitif alam sekitar tahap satu dan dua di bawah Rancangan Fizikal Negara (RFN).

“Jadi tiada sebarang aktiviti pembangunan boleh diluluskan melainkan aktiviti ekopelancongan terkawal, konservasi, penyelidikan dan pembalakan secara lestari,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya