Harga barangan di Malaysia kedua terendah di ASEAN

Harga barangan di Malaysia kedua terendah di ASEAN

ANNUAR Musa (tengah) meluangkan masa merasmikan program lelong Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan hari ini. – UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Malaysia menge­kalkan rekod sebagai salah sebuah negara yang berjaya me­ngekalkan kadar harga terendah terutamanya produk barangan makanan dalam kala­ngan negara-negara ASEAN.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan laporan daripada Bank Dunia berkenaan program bakul makanan iaitu diet makanan sihat.

Menurutnya, laporan ber­kenaan menunjukkan perban­dingan antara semua negara ASEAN untuk makanan sihat yang cukup bagi satu keluarga dan memenuhi kriteria-kriteria diet sihat mengikut negara.

“Laporan berkenaan mele­takkan Malaysia sebagai negara kedua yang mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN. Ia turut melibatkan tarif elektrik, tarif air, harga minyak masak dan banyak lagi produk makanan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur dan berbangga dengan kejayaan ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program lelong Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia memberitahu, banyak pihak yang cuba mempolitikkan isu harga barangan sehingga menjalankan demonstrasi sedangkan tindakan itu tidak membantu kepada penurunan harga makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya