Guru disyaki cabul pelajar ditahan polis

Guru disyaki cabul pelajar ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Polis menahan seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah yang dipercayai mencabul seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menahan guru terbabit berusia 48 tahun yang bertugas di sekolah sama.

“Satu laporan polis  dibuat oleh ibu mangsa pada pagi semalam, susulan itu pada hari sama sekitar tengah hari, satu tangkapan telah dibuat ke atas suspek. Suspek kini direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shariman meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN