GRS belum muktamadkan penyertaan parti lain

GRS belum muktamadkan penyertaan parti lain

HAJIJI Noor (empat kiri) mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih belum memutuskan untuk menerima penyertaan parti-parti yang telah memohon masuk ke dalam gabungan politik berkenaan.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dalam mesyuarat diadakan hari ini, pimpinan tertinggi parti tidak membincangkan tentang permohonan parti-parti politik yang berminat menyertai GRS.

“Pada mesyuarat GRS hari ini, kita membincangkan tentang persiapan menjelang pilihan raya peringkat Parlimen yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita perlu mengadakan persiapan lebih awal agar jentera pilihan raya GRS bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di Ibu Pejabat GRS hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, mereka akan mengadakan siri jelajah program GRS bersama Rakyat di setiap kawasan Parlimen di Sabah.

Hajiji, yang juga Ketua Menteri itu berkata, jelajah itu akan diadakan bermula Ogos ini.

Hadir sama ialah Timbalan-timbalan Pengerusi GRS iaitu Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya