Empat beranak maut: Pemandu treler direman tiga hari

Empat beranak maut: Pemandu treler direman tiga hari

PEMANDU treler terlibat kemalangan jalan raya yang mengorbankan empat beranak ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi mendapatkan perintah tahanan reman. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemandu treler dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan hingga mengorbankan empat beranak semalam, direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Puteri Nordina Kamalaudin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Lelaki berusia 34 tahun itu direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Media semalam melaporkan, empat beranak yang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur itu maut selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah treler dari arah belakang.

Mangsa yang maut adalah pesara polis, Koperal Rahim Ramli, 60, bersama isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak mereka, Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.

Jenazah kesemua mangsa yang selesai menjalani bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) malam tadi, dibawa ke Permatang Pasir, Permatang Pauh di Pulau Pinang untuk urusan pengebumian.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dalam kenyataannya berkata, suspek yang ditahan semalam itu mempunyai 13 saman kesalahan trafik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN