Elak lambakan ayam, penternak gesa kerajaan benarkan eksport

Elak lambakan ayam, penternak gesa kerajaan benarkan eksport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekatan eksport ayam dilihat hanya memberi tekanan terhadap pemain industri kecil dan sederhana, sekali gus keadaan memaksa untuk bersaing sesama sendiri.

Menjelaskan perkara itu, Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd., Mazlina Kamarudin MK berkata, kesan daripada itu, rata-rata penternak ayam kecil dan sederhana kini terpaksa menjual ayam pada harga rugi, dalam masa yang sama tetap tidak dapat menampung kos.

MAZLINA KAMARUDIN

Tambahnya lagi, lambakan ayam yang berlaku sudah pasti menjejaskan peniaga kecil yang kebanyakannya melibatkan orang-orang Melayu.

“Bekalan untuk ayam hidup kini mengalami lambakan di pasaran, malah saiz ayam itu sendiri meningkat sehingga menjadi tiga kilogram untuk seekor. Sudah tentu dengan saiz besar begitu sukar untuk penternak jual di pasaran.

“Situasi lambakan ini juga menyebabkan pemborong mula menekan penternak untuk mendapatkan harga kos yang tidak masuk akal,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod berkuatkuasa 1 Jun lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah melaksanakan sekatan eksport ayam melibatkan bekalan ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan.

Ia merupakan sebahagian intervensi untuk mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara yang bertujuan menyumbang kepada kestabilan harga makanan.
Sebagai langkah pencegahan, Mazlina menyarankan agar pihak kerajaan mengambil tindakan membenarkan eksport ayam sebanyak 50 peratus sebagai langkah mengurangkan lambakan ayam sekali gus dapat membantu para peniaga daripada mengalami kerugian yang teruk.

“Mengenai sekatan eksport, ia sebenarnya sedikit mengganggu bekalan ayam di Malaysia. Kerana itulah terjadi limpahan ayam seperti yang berlaku di Johor yang akhirnya menyebabkan limpahan bekalan ke bahagian tengah dan ke utara.

“Keadaan ini menyebabkan penternak ayam di Kuala Lumpur terpaksa bersaing dan mereka terpaksa jual ayam pada harga yg rendah sebab mereka dah tiada jalan lain.

“Saya mohon kurangkan sekatan sebanyak 50 peratus dahulu. Di samping itu beri amaran kepada penternak supaya bekalan di dalam mencukupi dan tidak berlebihan. Jika berlaku lebihan seperti sekarang inilah akhirnya akan membunuh penternak,” tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama, Mazlina turut berkata, kebanyakan penternak di negara ini menyahut gesaan kerajaan untuk mencukupkan bekalan ayam dan dalam masa yang sama mengawal harga.

“Kami sendiri tidak mengurangkan kemasukan ayam, malah menyahut saranan kerajaan untuk memastikan bekalan ayam cukup.

“Mengenai subsidi ayam yang diberikan kerajan, bukan sahaja penternak kecil, malah ada juga penternak yang di bawah syarikat besar keluar dengan menyahut saranan kerajaan untuk berdikari.

“Namun kerana tiada pasaran menjadikan mereka panik sehingga mereka menawarkan harga rendah dan akhirnya harga ayam menjadi rendah seperti sekarang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya