Econsave sasar 100 cawangan akhir 2023

Econsave sasar 100 cawangan akhir 2023

NORAINI Roslan (depan tiga dari kanan) bergambar bersama pengurusan Econsave dan tetamu khas pada Majlis Perasmian Pembukaan Econsave Pandamaran di Klang, Selangor, hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pasaraya Besar Econsave berhasrat membuka tujuh cawangan baharu pada tahun ini sejajar dengan matlamat membina lebih 12 cawangan menjelang suku ke empat tahun 2023.

Menurut Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam, antara cawangan baharu yang dibuka adalah di Chemor dan Lenggong di Perak,  Bandar Seri Botanik dan Pandamaran di Selangor, Angsana Mall Johor Bahru, Johor dan Ampang Baru, Kuala Lumpur.

“Kami juga menyasarkan menjelang hujung tahun hadapan kita sudah memiliki lebih 100 cawangan di seluruh negara,” katanya selepas menghadiri Perasmian Pembukaan Econsave Pandamaran oleh  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Roslan dan Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Polis, Cha Hoong Fong.

Beliau menambah, pembukaan cawangan ke-88 di Pandamaran itu memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan.

“Econsave dengan tagline ‘Bandingkan Harga Kami’ mengamalkan motto ‘Setiap Hari Harga Rendah’ dengan setiap minggu pemeriksaan harga barangan dilakukan bagi memastikan pelanggan setia mendapat harga terbaik dan menjimatkan perbelanjaan harian mereka,” jelasnya. 

Dalam pada itu, Mas Imran turut memaklumkan Econsave membelanjakan sebanyak RM10 juta untuk menyumbang dalam program melibatkan sekolah sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

“Econsave turut menyumbang untuk program kemanusiaan dengan kerjasama Mycare Malaysia dengan nilai RM1 juta untuk membina sekolah dan program Madrasah Impian Ku yang mengumpul sumbangan dana sebanyak RM800,000. 

“Selain itu, Econsave juga menyerahkan bantuan perubatan dan pemulihan sekolah sebanyak RM2.5 juta di Gaza Palestin,” ujarnya.

Sehubungan itu juga, sempena pembukaan cawangannya di Pandamaran, 20 keluarga B40 menerima baucer membeli-belah dari pihak pengurusan Econsave. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya