Duda rogol, liwat anak kandung dipenjara 32 tahun, 22 sebatan

Duda rogol, liwat anak kandung dipenjara 32 tahun, 22 sebatan

SEORANG lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan atas kesalahan merogol dan meliwat anak kandungnya dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang duda dijatuhkan  hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah merogol dan meliwat anak kandungnya, tiga tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman turut memerintahkan tertuduh berusia 50 tahun itu dijatuhi hukuman sebatan sebanyak 22 kali.

Lelaki berusia 40 tahun yang sudah berpisah dengan ibu mangsa menghadapi dua pertuduhan memperkosa dan satu meliwat anak perempuannya berusia 15 tahun.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa pada pukul 12 tengah hari, 14 Ogos 2019 dan pukul 2 petang, 26 November tahun sama.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa meliwat mangsa di lokasi dan masa sama pada 26 November 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (c) akta sama.

Hakim Noiriah memerintahkan lelaki itu menjadi hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Bagi pertuduhan ketiga pula, beliau memerintahkan tertuduh dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan.

Hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua dilaksanakan secara berasingan manakala pertuduhan ketiga pula serentak bersama pertuduhan kedua.

Hakim Nooriah memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 2 Disember 2019.

Pendakwaan dikendalikan  Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula diwakili peguam, Mohd. Hayyatuddin Muhamad.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.