Dua maut kemalangan di KM126 berhampiran hentian R&R Temerloh - Utusan Malaysia

Dua maut kemalangan di KM126 berhampiran hentian R&R Temerloh

KEMALANGAN membabitkan Perodua Myvi dan sebuah lori treler hingga mengakibatkan dua mangsa meninggal dunia di KM 126 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan di Temerloh, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Dua maut manakala dua lagi mangsa terselamat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 126 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Temerloh di sini hari ini.

Berdasarkan laporan, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah treler.

Mangsa yang maut merupakan pemandu dan penumpang Perodua Myvi, Tan Wee Li, 39, dari Cheras, Kuala Lumpur dan Nur Susilawati Che Deraman, 35, dari Sungai Lembing, Kuantan.

Pemandu dan penumpang treler terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai enam pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kira-kira pukul 2.47 pagi.

“Kemalangan menyebabkan dua penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang maut dilaporkan tersepit sebelum dikeluarkan anggota penyelamat dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulfadli berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi membuat pemeriksaan dan rawatan sebagai pesakit luar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya