Dua tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Hutan Belum - Utusan Malaysia

Dua tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Hutan Belum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua anggota tentera maut dihempap pokok tumbang ketika menjalankan operasi Kota Echo/Foxtrot di kawasan pedalaman Hutan Belum di sini, awal pagi semalam.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu mengorbankan Sarjan Mohd. Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31, yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 11.50 pagi membabitkan dua anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Ara, Pulau Pinang.

Katanya, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menyertai operasi di kawasan Hutan Belum.

“Mayat kedua-dua mangsa dikeluarkan dari kawasan operasi itu menggunakan helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk dibawa ke Batalion Kedua sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi tujuan bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN