lebih 100 berhenti

Doktor junior: Lebih 100 berhenti, diganti hanya berbelas

Keputusan penempatan doktor baru di beberapa hospital termasuk Hospital Kuala Lumpur dijangka akan diketahui September ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehilangan sejumlah besar tenaga kerja dalam kalangan doktor junior di dua hospital besar antara punca utama krisis kekurangan pegawai perubatan.

Lebih merisaukan, perkara ini tidak berlaku di dua hospital besar itu sahaja, malah berlaku di hospital besar di negeri-ne­geri lain.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Muhammad Yassin tidak menafikan wujud angka lebih daripada 100 doktor junior yang berhenti daripada dua hospital besar itu.

“Kami tiada sumber rasmi tapi rasanya lebih daripada 100 doktor junior. Namun yang datang ganti jumlahnya hanyalah berbelas.

“Ramai lagi doktor di banyak hospital terutamanya di bandar besar di Semenanjung memberi tahu mereka juga tidak cukup doktor. Lebih-lebih lagi di jabatan kritikal seperti kecemasan, bius dan rawatan rapi,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapen, Dr. Yassin menyatakan, jumlah besar yang keluar daripada hospital itu adalah perkara biasa dan akan berlaku di kebanyakan hospital.

“Ini proses biasa, selepas doktor houseman habis tempoh latihan selama dua tahun, mereka akan float sementara di hospital masing-masing untuk beberapa bulan sehingga ada penempatan baru.

“Pada 18 Julai ini doktor-doktor floating ini akan diberi penempatan baru, jadi banyak pergerakan keluar dan masuk di banyak hospital,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan krisis kekurangan pegawai perubatan di dua hospital besar iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA).

Menurut KKM, tidak berbangkit isu kekurangan pegawai perubatan dan doktor ekoran sepucuk surat ditularkan oleh Facebook Hartal Doktor Kontrak.

Sehubungan itu, Dr. Yassin berkata, KKM ada mengeluarkan kenyataan bahawa ada doktor-doktor yang akan dihantar ke HKL dan KTA bagi menampung jumlah tenaga di sana.

“Akan ada doktor-doktor yang dihantar ke HKL untuk gantikan doktor yang akan keluar. Tidak pasti jika ini cukup untuk memastikan perkhidmatan di sana tidak terganggu.

“Proses interbiu baru selesai, sekarang mereka harus tunggu keputusannya yang dijangka diumumkan menjelang September ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN