Desak kerajaan kembalikan subsidi

Desak kerajaan kembalikan subsidi

subsidi
HASSAN Abdul Karin (tengah) memegang sepanduk pada perhimpunan aman di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: PKR mengadakan flashmob di tiga lokasi utama di Parlimen Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau bagi mendesak kerajaan mengembalikan semula subsidi terhadap produk makanan.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi perhimpunan di persimpangan Plaza Pelangi, di sini mendapati, kira-kira 30 individu termasuk aktivis dan penduduk memegang sepanduk tertera mesej mengkritik kerajaan.

Perhimpunan berlangsung selama 20 minit itu turut mendapat perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon kenderaan masing-masing.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mengetuai perhimpunan itu berkata, pihaknya sudah mendapat kebenaran daripada polis Johor mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) berkata, perhimpunan itu dilakukan bagi mendesak kerajaan mengembalikan semula subsidi minyak masak dan ayam supaya kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan.

“Langkah kerajaan salah apabila subsidi makanan ini ditarik balik, ini zalim. Kalau nak potong subsidi lain, ia tak jadi masalah, ini hal makanan.

“Ayam protein paling murah, anak cucu kita makan ayam, tetapi, senang-senang sahaja mereka menaikkan harga siling daripada RM8.90 menjadi RM9.40 sekilogram,” katanya selepas mengadakan perhimpunan aman berkenaan.

Beliau dan beberapa Ahli Parlimen PH akan menyuarakan dengan lebih lantang membangkitkan isu kos sara hidup di Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya