Derita bayi usus luar perut, tidak cukup saraf, tulang

Derita bayi usus luar perut, tidak cukup saraf, tulang

NAZIRA Kamat tabah menjaga anak bongsunya, Mohd. Airil ketika ditemui di Kampung Kurnia Diraja, Gemas, Tampin, semalam. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Sudah berusia dua tahun tiga bulan, tumbesaran seorang kanak-kanak lelaki, Mohd. Airil Mohd. Nizam tidak seperti rakan seusianya apabila dilahirkan tidak cukup saraf dan tulang.

Bahkan, selepas empat hari dilahirkan, ibu bapa kanak-kanak istimewa berkenaan terpaksa mengambil keputusan untuk membenarkan usus anak ketiga mereka itu dikeluarkan kerana Mohd. Airil tidak dapat membuang air besar secara normal disebabkan salur najis sempit.

Ibu kanak-kanak itu, Nazira Kamat, 31, berkata, sebaik sahaja melahirkan anaknya, dia terkejut apabila doktor menunjukkan keadaan anaknya yang lebam dari paras pinggang hingga ke kaki.
“Semasa melahirkan walaupun hampir lapan jam menahan, saya tidak rasa sakit. Saya ambil keputusan untuk bersalin secara pembedahan dan rupa-rupanya kaki anak saya lemah serta tidak boleh menendang seperti bayi normal yang lain.

“Walaupun keadaannya begini serta membesar dengan usus terkeluar di perut, anak saya boleh bercakap serta memahami apa yang berlaku di sekelilingnya. Walaupun tidak boleh berjalan, dia boleh me­ngensot serta menggunakan tangan untuk bergerak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Kurnia Diraja, Gemas di sini, semalam

Ujar Nazira, dia kini bimbang tentang perbelanjaan menguruskan anaknya itu termasuk kos perubatan. “Kami juga perlu berulang alik ke hospital sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Buat masa ini, Mohd. Airil ada mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak lahir iaitu RM500 sebulan dan turut menerima bantuan tunai daripada pihak Baitulmal sejak sebulan lalu.

“Alhamdulillah, bantuan ini sedikit sebanyak membantu me­ngurangkan beban,” katanya.

Mana-mana pihak yang berhasrat untuk membantu boleh menyalurkannya sumbangan ke akaun BSN 0540041100003701 atas nama Nazira Kamat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya