Daqmie bakal terbit album, satukan empat kumpulan nasyid

Daqmie bakal terbit album, satukan empat kumpulan nasyid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi berbakat besar, Daqmie bakal melahirkan sebuah album nasyid yang menyatukan empat nama besar seperti Rabbani, Hijjaz, Inteam dan Mestica.

Daqmie atau nama sebenarnya, Azmee Abdul Manap berkata, album tersebut juga melibatkan sentuhan komposer dan penulis lirik ternama seperti Tam Spider, Aidit Alfian, LY dan Baiduri, Habsah Hassan dan ramai lagi.

“Rancangannya adalah untuk menghasilkan 10 lagu nasyid berserta video muzik. Empat daripadanya adalah lagu lama yang popular manakala selebihnya merupakan lagu baharu.

“Empat lagu lama itu adalah lagu-lagu kumpulan berkenaan yang akan dinyanyikan secara duet dengan saya.

“Lima lagi adalah lagu solo yang dihasilkan untuk setiap kumpulan. Satu lagu pula adalah lagu tema untuk semua lagu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata penyanyi lagu Tangis Sebatang Tamar itu, album tersebut adalah sebahagian projek yang dibuat untuk mengkaji pembangunan muzik nasyid tempatan.

“Objektifnya adalah untuk mengkaji faktor kemerosotan industri muzik nasyid dan mengenal pasti hala tujunya.

“Kita juga mahu mengkaji bagaimana untuk membangunkan semula muzik itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya