Damian Mikhail gesa individu tular hina Islam buat permohonan maaf

Damian Mikhail gesa individu tular hina Islam buat permohonan maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Damian Mikhail menggesa individu hina Islam yang tular baru-baru ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi Instagram, Damian atau nama sebenar Damian Mikhail Seet menyifatkan tindakan individu tersebut sebagai keterlaluan dan murahan.

Kata Damian lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya permohonan maaf dari individu terbabit gagal dibuat.

“Saya tidak menyokong paksaan dalam Islam dan tidak juga menyokong penghinaan terhadap Muslim dengan lawak jenaka, kandungan bodoh untuk propaganda paksaan dan mewujudkan Islamophobia.

“Menghina pihak lain tidak membebaskan anda. Ia membuat anda kelihatan bodoh umpama anda gagal melupakan bekas kekasih. Meroyan.

“Ini sangat murahan. Terlalu murahan. Inilah P.Ramlee dahulu panggil perempuan kabaret. Aku kasi penganjur crackhousekl untuk cari dan maklumkan ‘minah’ ini untuk buat permohonan maaf terbuka sebelum aku sendiri buat laporan polis untuk tindakan undang-undang ke atas si pelaku (kalau betul dia Malaysian),” tulisnya berang.

Tindakan seorang wanita yang menanggalkan pakaian dan hijab secara terbuka dihadapan khalayak ketika berucap sempena sebuah program komedi yang dianjurkan di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini telah mencetuskan api kemarahan masyarakat beragama Islam di negara ini.

Sebelum melakukan tindakan dangkal itu, wanita tersebut memaklumkan kepada penonton bahawa dia menghafal 17 juzuk al-Quran.

Dalam pada itu, Crackhouse Comedy Club dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagramnya mengutuk sekeras-kerasnya video yang tular di media sosial itu.

“Untuk makluman awam, selepas berlaku persembahan tersebut individu itu telah dilarang daripada kembali ke Crackhouse Comedy Club.

“Crackhouse Comedy Club telah memfailkan laporan polis mengenai insiden ini di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail. Kenyataan terperinci akan menyusul,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN