Covid-19: Kes positif melepasi 3,000

Covid-19: Kes positif melepasi 3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,561 kes berbanding kelmarin, 2,932 kes sekali gus mengatasi 2,035 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,341 kes diikuti Kuala Lumpur (994) Selangor (959), Perak (243), Sabah (196), Negeri Sembilan (160),  Putrajaya (123), Pulau Pinang (119), Melaka (97), Johor (72), Sarawak (55) dan Kedah (51). 

Diikuti Pahang (38) Kelantan (37), Terengganu (17), Perlis, (11) dan Labuan (7).

Pesakit Covid-19 yang diwadkan menurun kepada 506 orang berbanding kelmarin, 527 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 40 kes berbanding jumlah semalam, 42 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 23 kes berbanding jumlah kelmarin, 25 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus kekal sebanyak 11 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,024 kluster

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan lima kematian Covid-19 berbanding kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,792 kes manakala, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,589 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN