Covid-19: Kes positif hampir 3,000

Covid-19: Kes positif hampir 3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,932 kes berbanding kelmarin, 1,918 kes sekali gus mengatasi 2,292 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 959 kes diikuti Kuala Lumpur (947) Selangor (959), Perak (194), Negeri Sembilan (176), Sabah (143), Pulau Pinang (107), Kedah (67), Putrajaya (61), Johor (57), Sarawak (54) dan Pahang (51).

Diikuti Melaka (42), Terengganu (18), Kelantan (30) manakala Labuan (16) dan Perlis, 10 kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 527 orang berbanding kelmarin, 463 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 42 kes berbanding jumlah semalam, 44 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 25 kes berbanding jumlah kelmarin, 24 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 11 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,024 kluster.

Satu kluster baharu itu ialah Kluster Lima Jalan Yaacob Latif, kategori Kumpulan Berisiko Tinggi yang melibatkan Cheras, Kuala Lumpur; Seremban, Negeri Sembilan dan Gombak, Selangor dengan 13 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan tiga kematian Covid-19 berbanding kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,787 kes. 

Sementara itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,587 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN