Covid-19: Kes positif bawah 2,000, KL tertinggi

Covid-19: Kes positif bawah 2,000; KL tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,918 kes berbanding kelmarin, 2,536 kes sekali gus diatasi 2,321 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Kuala Lumpur kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 662 kes diikuti Selangor (482), Perak (153), Sabah (119), Negeri Sembilan (103), Johor (89) dan Pulau Pinang (77). 

Diikuti Kedah (48), Melaka (44), Putrajaya (38), Sarawak (25), Pahang (27), Terengganu (20), Kelantan (20) manakala Labuan (6) dan Perlis, lima kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 463 orang berbanding kelmarin, 432 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 44 kes berbanding jumlah semalam, 45 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 24 kes berbanding jumlah kelmarin, 26 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 10 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,023 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan lapan kematian Covid-19 berbanding kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,784 kes. 

Bagaimanapun, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,586 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN