Cari isteri tak jumpa, lelaki mengamuk bakar pondok, pecah cermin kereta 

Cari isteri tak jumpa, lelaki mengamuk bakar pondok, pecah cermin kereta 

PONDOK yang dibakar suspek selepas berang tidak dapat menemukan isterinya di Taman Seri Astana, Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki mengamuk dengan membakar pondok dan memecahkan cermin sebuah kenderaan dipercayai akibat berang kerana tidak dapat menemukan isterinya dalam kejadian di Taman Seri Astana di sini, pukul semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek berusia 54 tahun juga didapati memegang sebilah parang ketika kejadian kira-kira 10.20 pagi itu.

“Suspek sebelum itu dikatakan mencari isterinya di rumah mereka di taman perumahan di situ selain di pasar pagi namun tidak menemukannya.

“Lelaki terbabit kemudian ke kedai makan yang sebelum ini diusahakan bersama isterinya dan masih tidak menemukan wanita berkenaan,” katanya di sini.

Kata Zaidy, suspek yang berang terus mengamuk dengan membakar sebuah pondok di belakang kedai makan milik mereka.

“Suspek yang merupakan seorang penganggur turut memecahkan cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria milik orang awam yang diletakkan berdekatan kedai makan tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, suspek melarikan diri ke kawasan semak di belakang pondok yang dibakarnya, sebelum polis yang menerima laporan ke lokasi danmenahan suspek.

“Ketika ditahan suspek tidak melawan dan mengaku bertindak sedemikian kerana tertekan akibat masalah rumah tangga. Polis turut merampas sebilah parang dan semakan awal mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah dan empat rekod dadah,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 435/427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api, khianat pecah cermin kenderaan dan ugutan jenayah. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya