Buku kenali tuntung, kura-kura dan labi-labi diterbitkan - Utusan Malaysia

Buku kenali tuntung, kura-kura dan labi-labi diterbitkan

DR. Chen Pelf Nyok (kanan) dan Loretta Shepherd menunjukkan buku bertajuk 'Turtles Of Malaysia - Tuntung, Kura-kura dan Labi-labi Malaysia' di Kemaman, Terengganu hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura dan Labi-labi Malaysia mengambil inisiatif menerbitkan buku bertajuk Turtles Of Malaysia – Tuntung, Kura-kura dan Labi-labi Malaysia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai reptilia itu di negara ini.

Pengasas bersama Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura dan Labi-labi Malaysia, Dr. Chen Pelf Nyok berkata, buku yang diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu mempunyai ilustrasi dan mengandungi maklumat 18 spesies tuntung air tawar dan kura-kura di negara ini.

Menurutnya, buku berunsurkan pendidikan itu juga berfungsi sebagai buku mewarna bagi menarik perhatian kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas.

“Kita percaya ramai orang termasuk golongan dewasa kurang mengenali spesies reptilia terancam ini. Buku ini juga sesuai untuk dibaca golongan ibu bapa serta guru,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya mengambil masa kira-kira enam bulan untuk menghasilkan buku tersebut bersama bekas wartawan, Loretta Shepherd.

Menurutnya, buku tersebut boleh dibeli di Lit Books di Tropicana Avenue.

Selain itu tambahnya, orang ramai boleh membeli buku tersebut di platform Shopee iaitu https://shopee.com.my/turtletales atau menghubungi Chen melalui emel  [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya