Buat laporan palsu elak didenda

Buat laporan palsu elak didenda

RUPIAH ABD. WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Gara-gara enggan dikenakan denda akibat kehilangan kad pengenalan, dua lelaki sanggup membuat laporan polis palsu.

Namun, tindakan tidak bertanggungjawab itu dikesan polis apabila dakwaan kehilangan dokumen penting dalam kejadian ragut dan samun tidak pernah berlaku. Akibatnya, kedua-dua lelaki berusia 43 dan 30 tahun itu ditahan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, dalam kejadian pertama pada 3 Julai lalu, lelaki berusia 43 tahun itu membuat laporan menyatakan dirinya menjadi mangsa ragut dua lelaki yang menaiki motosikal mengakibatkan kerugian RM500.

“Namun, soal siasat dijalankan mendapati pengadu membuat laporan polis palsu dan mengakui kejadian ragut itu tidak berlaku. Laporan itu dibuat bagi mengelak didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya di sini hari ini.

Keesokannya, seorang lagi lelaki berusia 30 tahun membuat laporan polis mengatakan menjadi mangsa samun ketika berada di sebuah kedai serbaneka di Taman Ungku Tun Aminah. 

Justeru, kedua-dua tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN