Bot nelayan langgar syarat lesen ditahan di Muara Sungai Kuantan

Bot nelayan langgar syarat lesen ditahan di Muara Sungai Kuantan

EMPAT kru termasuk seorang tekong warga Kemboja ditahan dalam Op Makmur, kira-kira 5,632 meter dari muara Sungai Kuantan, Pahang. - IHSAN MARITIM MALAYSIA PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah bot nelayan tempatan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dan permit kerja yang tamat tempoh. 

 Pengarah Maritim Negeri Pahang, Kamal Ariffin Jusoh berkata, bot tersebut ditahan dalam operasi Op Makmur,  5,632 meter dari muara Sungai Kuantan kira-kira pukul 1.33 petang, semalam.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati tiga kru warga Kemboja dan tekong warga tempatan berusia antara 29 tahun sehingga 40 tahun.

 “Siasatan awal mendapati semua kru mempunyai permit kerja yang tamat tempoh dan disyaki turut memiliki pasport palsu,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Dalam pada itu, Kamal Ariffin berkata, pihaknya turut merampas peralatan menangkap ikan termasuk hasil laut anggaran berat 2.65 tan metrik.

 “Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki telah melanggar syarat sah lesen dan menggunakan permit kerja yang telah tamat tempoh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya