BN tak boleh lagi guna pendekatan kerusi tradisi - Hasni

BN tak boleh lagi guna pendekatan kerusi tradisi – Hasni

HASNI MOHAMMAD (tengah) bergambar bersama-sama ahli KMJ sempena Majlis BBQ Santai Kelab Media Johor bersama Pengerusi Barisan Nasional Johor di Grand Almizan Restaurant, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor tidak boleh lagi menggunakan pendekatan kerusi tradisi sekiranya bertekad untuk menang majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, parti tidak akan mengambil mudah setiap kerusi yang ditandingi bagi memastikan matlamat BN tercapai.

Menurutnya, kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu tidak mungkin dapat diterjemahkan pada PRU15 sekiranya masih menggunakan formula kerusi tradisi itu.

“Saya yakin dan percaya BN akan terus dominan di Johor dan ini tidak bermaksud bahawa saya menolak kemungkinan di sesetengah kerusi cabaran bertanding adalah lebih berbanding tempat lain. 

“Di Johor kita tidak menggunakan pendekatan kerusi tradisi. Jadi, kita kena kerja kuat di semua kerusi dan tidak mahu pengalaman di Mersing sebagai contoh apabila hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau (PRN Johor),” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis BBQ Santai Kelab Media Johor (KMJ) bersama Pengerusi BN Johor di Grand Almizan Restaurant, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak.

Hasni yang juga bekas Menteri Besar Johor mengakui masih ada tanggapan bahawa kerusi di  kawasan Johor Timur, antaranya Parlimen Pengerang, Kota Tinggi, Tenggara dan Mersing sebagai ‘simpanan tetap’ BN.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, BN Johor akan menggerakkan jentera dalam masa terdekat ke seluruh pelusuk negeri ini bagi mempertingkatkan khidmat kepada masyarakat, sekali gus memberi keyakinan kepada pimpinan parti dan penyokong serta rakyat.

Katanya, pucuk pimpinan BN juga sudah memaklumkan supayq gabungan tersebut membincangkan mengenai pengagihan 26 kerusi Parlimen di Johor mengikut komponen parti dalam BN.

“Pucuk pimpinan mahu pengagihan kerusi dibuat mengikut parti-parti dalam BN antara UMNO, MCA dan MIC. Itu kita kena putuskan dahulu dan ketika ini ia masih di peringkat perbincangan,” katanya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Dalam itu, beliau berkata, UMNO Johor masih menunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengenai permohonan parti itu untuk meminda Perlembagaan parti.

Jelasnya, UMNO Johor berharap keputusan itu akan membolehkan parti menghadapi PRU sebelum melakukan pemilihan parti dan jika berlaku sebaliknya, UMNO Johor sedia untuk melakukan pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian.

“Kalau tidak ada pemilihan parti kita adakan mesyuarat biasa. UMNO Johor menyokong penuh PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu percaya pucuk pimpinan parti akan memikirkan keputusan tersebut bagi mengelakkan perpecahan terutamanya di peringkat akar umbi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya