Belum ada ketetapan naikkan bantuan sara hidup LZS

Belum ada ketetapan naikkan bantuan sara hidup LZS

Sabirin Sarbini (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan Noraini Misman (kiri) dalam Program Korban Perdana 2022 di Kompleks Bait Al-Hasanah Kapar, Klang, Selangor, hari ini. -UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG- Lembaga Zakat Selangor (LZS) belum membuat ketetapan untuk menaikkan jumlah bantuan sara hidup asnaf sedia ada ekoran peningkatan kos hidup masa kini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini, pihak LZS prihatin dengan isu kenaikan hidup semasa yang memberi kesan bukan sahaja kepada golongan B40 malahan kepada semua pihak.

“Kajian untuk kita melihat had kifayah sedang dilakukan dan kita akan melihat secara keseluruhan. Sama ada impak (kenaikan kos hidup) sementara atau impak itu berlaku berterusan.

“Walaubagaimanapun, sebelum kita membuat ketetapan had kifayah ini, kita akan terus menyalurkan bantuan untuk keperluan-keperluan asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Program Korban Perdana 2022 di Kompleks Anak-Anak Asnaf Bait Al-Hasanah Kampung Perepat hari ini.

Mohd.Sabirin berkata, walaupun berlaku kenaikan kos hidup pada masa ini jumlah permohonan bantuan zakat yang baharu dan asnaf memohon keluar dari menjadi asnaf agak seimbang tetapi permohonan baharu lebih tinggi.

“Seramai 65,000 keluarga adalah asnaf dan berdasarkan perkembangan semasa ia mungkin meningkat dan kita belum ada jumlah terkini.

“Sebagaimana yang saya nyatakan tadi kita terus menerima permohonan baharu dan asnaf sedia ada kita bantu jika mereka memerlukan bantuan tambahan,”katanya.

Mengulas mengenai program tersebut, sebanyak 13 ekor lembu dan empat ekor kambing disumbangkan oleh Syarikat Medkad Sdn. Bhd., Persatuan Pengurusan Petronas Malaysia.

Sumbangan daging korban sebanyak 2 kilogram diagih kepada 300 keluarga asnaf fakir miskin sekitar Klang, Petaling dan Kuala Langat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya