Asrama pelajar SMKA Pedas terbakar - Utusan Malaysia

Asrama pelajar SMKA Pedas terbakar

KEADAAN asrama pelajar lelaki SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail di Pedas, Rembau yang terbakar dalam kejadian petang tadi. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Penduduk yang tinggal berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail di Pedas di sini, gempar apabila berlaku kebakaran melibatkan asrama pelajar di sekolah berkenaan kira-kira pukul 1.40 petang tadi.

Salah seorang orang awam yang ditemui, Anis Elam, 31, berkata, dia yang berniaga berhampiran dengan sekolah berkenaan terkejut apabila terlihat asap berkepul ke udara dan mendengar bunyi letupan lebih tiga kali.

“Kemudian ada orang awam lain yang menghubungi bomba yang tidak lama kemudian tiba dengan beberapa buah jentera. Asap masih ada sehingga pukul 2 petang ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati pasukan bomba lagi masih memadam kebakaran.

Ibu bapa yang menghantar anak mereka pulang ke asrama berkenaan juga diminta pulang susulan kebakaran melibatkan asrama pelajar lelaki itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya