Aidiladha: TBS sesak warga kota pulang kampung

Aidiladha: TBS sesak warga kota pulang ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua hari menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, orang ramai mula meninggalkan ibu kota pulang ke kampung halaman masing-masing.

Tinjauan Utusan Online di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan di sini malam ini mendapati, suasana terminal tersebut mulai sesak dengan orang ramai menjalankan pelbagai urusan masing-masing untuk pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Laluan masuk ke TBS juga sesak dengan kenderaan orang ramai yang antaranya mahu menurunkan penumpang dan bas ekspres yang masuk mengambil penumpang di dalam terminal itu.

Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN