Aidiladha: Aliran masuk kenderaan ke Kelantan lancar

Aidiladha: Aliran masuk kenderaan ke Kelantan lancar

ALIRAN masuk kenderaan ke Kelantan menerusi Gua Musang masih lancar pagi ini menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG:  Aliran masuk kenderaan perantau ke negeri ini melalui Gua Musang menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini masih lancar dan terkawal.

Tinjauan Utusan Malaysia di bandar ini mendapati, setakat pukul 10 pagi ini tiada pertambahan jumlah kenderaan ketara dan aliran trafik di kedua-dua arah masih lancar.

Bagaimanapun, pertambahan jumlah kenderaan dijangka meningkat bermula malam ini sehingga awal pagi Hari Raya Aidiladha.

Seorang pekerja swasta, Nur Khareeza Adnan, 37, berkata, dia memilih tiga hari sebelum hari raya untuk pulang beraya di Machang.

Katanya, hal ini kerana dia tidak mahu berdepan kesesakan lalu lintas yang disifatkan cukup perit untuk dilalui.

“Saya bertolak dari Kuala Lumpur pukul 5 pagi ini dan sampai di Gua Musang pada jam 9.30 pagi. Saya bersyukur  tiba dengan selamat di bandar ini dan berharap perjalanan selepas ini masih lancar,” katanya.

Seorang lagi perantau, Mohd. Alimin Mohd. Isa, 43, berkata, dia bersemangat pulang kerana sudah tiga tahun tak dapat menyambut Aidiladha di kampung halaman.

Katanya, dia mengambil cuti awal untuk pulang ke kampung bagi mengelak kesesakan.

 “Aliran trafik masih terkawal dan hanya sesak di persimpangan lampu isyarat. Pengguna jalan raya diharap dapat menggunakan jalan alternatif bagi mengelak mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN