Ahli Parlimen Pas wajib sokong RUU Akta Antilompat Parti - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Pas wajib sokong RUU Akta Antilompat Parti

TAKIYUDDIN Hassan (tengah) semasa sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Badminton Protech Seluruh Kelantan 2022 anjuran Persatuan Badminton Negeri Kelantan (PBNK) hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kesemua 18 Ahli Parlimen Pas wajib menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada 27 dan 28 Julai ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu perlu menyokong perkara tersebut kerana usul dibawa oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

“Pas pun dalam kerajaan, jadi kita menyokonglah. Selain itu kita (Pas) turut terlibat dalam jawatankuasa merangka cadangan pindaan perlembagaan untuk masukkan Anti Lompat Parti,” katanya ketika diminta mengulas berkait RUU Anti Lompat Parti sejurus selepas merasmikan Kejohanan Badminton Protech Seluruh Kelantan 2022 anjuran Persatuan Badminton Negeri Kelantan (PBNK) di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai istilah lompat parti, Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, isu tersebut tidak akan timbul.

Katanya, hanya perlembagaan sahaja yang dipinda berkait dengan kegiatan Anti Lompat Parti dan bukan undang-undang baharu.

“Pindaan (Perlembagaan Persekutuan) itu untuk memasukan peruntukan Ahli Parlimen yang hilang jawatan apabila mereka melompat parti,” jelasnya.

Takiyuddin berharap semua Ahli Parlimen dapat memberikan sokongan penuh kepada RUU tersebut apabila dibentangkan kelak.

Utusan Malaysia semalam melaporkan RUU Anti Lompat Parti akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada 27 dan 28 Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pewartaannya dijangka dibuat antara 29 Ogos hingga 2 September ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya