Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan mencemar duli melawat Kementerian Pertahanan, semalam.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz dan Panglima-Panglima Perkhidmatan.
Baginda menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa kawalan kehormatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada 4 pegawai serta 103 anggota.
Dalam sesi lawatan itu, Seri Paduka berkenan menerima sembah taklimat dari Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ATM berkenaan Pelan Pemulihan Aset Littoral Combat Ship (LCS), Pindaan Akta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), agenda memperkasakan Veteran ATM dan Pengoperasian Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Lawatan rasmi itu adalah julung kali dizahirkan Seri Paduka ke atas organisasi Kementerian-kementerian sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16. – UTUSAN










