95 peratus rakyat Malaysia tidak makan sayur, punca NCD

95 peratus rakyat Malaysia tidak makan sayur, punca NCD

NCD
NOOR Azmi Ghazali memukul gong sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Saintifik MOH-Akademi Perubatan Malaysia (AMM) kali ke-14 di NIH di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 22 juta atau 95 peratus populasi rakyat di negara ini tidak memakan sayuran sehingga berisiko tinggi menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan hati berlemak.

Anggaran jumlah itu diperoleh Kementerian Kesihatan menerusi hasil kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2019.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, tinjauan menyeluruh itu dilakukan setiap empat tahun sekali bagi mengenal pasti literasi kesihatan penduduk.

Katanya, tiada pemakanan sayur mengakibatkan kekurangan zat dan pengambilan gula serta karbohidrat ringkas membenamkan lemak dalam badan.

“Ia kemudian akan menyebabkan penyakit hati berlemak sehingga turut merosakkan sistem tubuh badan dan penyakit NCD.

“Jumlah 95 peratus rakyat tidak memakan sayur itu perlu dibendung selaras dengan saranan KKM yang melaksanakan pelbagai kempen kesedaran sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik MOH-Akademi Perubatan Malaysia (AMM) kali ke-14 di Institut Kesihatan Negara (NIH), di sini hari ini.

Makanan segera

Jelas Noor Azmi, perkara itu juga mungkin berpunca akibat trend pengambilan makanan segera yang diamalkan rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, statistik NHMS mendapati nisbah 1:15 peratus individu mempunyai penyakit obesiti. 

“Ia antaranya melibatkan abdominal obesiti iaitu lemak besar di perut dengan ukur lilit pinggang lelaki lebih 90 sentimeter (cm) manakala perempuan pula lebih 80 cm.

“Keadaan itu amat berbahaya kerana banyak mengeluarkan enzim yang akan merosakkan sistem badan seperti kardiovaskular,” ujarnya. 

Tambah beliau, data turut menunjukkan seramai 3.9 juta penduduk menghidap penyakit kencing manis manakala darah tinggi pula melibatkan 6.4 juta orang.

“NCD itu diibaratkan seperti bom jangka sekiranya dibiarkan berterusan di negara ini.Justeru, kita mengalakkan orang ramai menyertai inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bagi mengetahui tahap sebenar kesihatan mereka,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya