9,243 rakyat Pulau Pinang terima dos penggalak kedua 

9,243 rakyat Pulau Pinang terima dos penggalak kedua 

DR. NORLELA ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai 9,243 penduduk Pulau Pinang telah menerima dos penggalak kedua sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, daripada jumlah itu seramai 5,892 atau 63.7 peratus adalah penerima berusia 60 tahun dan ke atas. 

“Pulau Pinang tidak terkecuali bagi pelaksanaannya selepas pengumuman oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa individu berumur 50 hingga 59 tahun juga boleh mendapat vaksin dos penggalak kedua.

“Pemberian bagi dos penggalak kedua bagi warga emas adalah sama ada mereka boleh membuat janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau hadir di klinik kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, ketika ini terdapat 51 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 dos pengalak kedua di Pulau Pinang iaitu membabitkan 19 klinik kesihatan dan 32 PPV swasta.

“Selain itu, terdapat pusat pemberian vaksin (PPV) swasta yang menawarkan perkhidmatan secara walk in atau hadir terus.

“Mereka yang berhasrat boleh menelefon terlebih dahulu di PPV tersebut sebelum pergi mendapatkan dos penggalak kedua,” katanya.

Tambahnya, selain itu klinik swasta dan PPV offsite yang masih beroperasi di bawah PHCorp turut masih menawarkan vaksinasi dos penggalak kedua dan senarai PPV mengikut negeri itu boleh di dapati di laman sesawang PHCorp. 

“Buat masa ini, hasil jujukan genomik bagi subvarian Omicron BA5 tidak dikesan dalam kalangan pesakit Covid-19 di Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya