8 diberkas ditahan seleweng diesel RM174,720

8 diberkas ditahan seleweng diesel RM174,720

POLIS menyerbu sebuah premis yang menjalankan aktiviti penyalahgunaan minyak diesel bersubsidi di Taman Lagenda Putra, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Cubaan lapan individu untuk menyeleweng minyak diesel bersubsidi bernilai RM174,720 gagal apabila mereka diberkas polis di kawasan perindustrian Taman Lagenda Putra, Kulai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, tujuh lelaki dan seorang wanita berusia antara 28 hingga 52 tahun ditahan dalam satu serbuan yang pukul 3 petang. 

“Pegawai dan anggota polis daripada Task Force Kontraban Ibu pejabat Polis Daerah Kulai telah menjalankan serbuan di kawasan berkenaan yang dipercayai menjalankan aktiviti penyalahgunaan minyak diesel bersubsidi.

“Selain lapan individu warga tempatan, turut dirampas pelbagai barangan yang digunakan dalam aktiviti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beng Yeow berkata, kesemua tangkapan beserta barangan rampasan diserahkan kepada Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai supaya terus membantu menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah ke balai polis berhampiran kawasan masing-masing.- UTUSAN

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya