71 butang panik di Mahkota Parade jamin keselamatan pengunjung

71 butang panik di Mahkota Parade jamin keselamatan pengunjung

KONSTABEL Nor Fazlin Ahmad menunjukkan butang panik di Mahkota Parade, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasang sebanyak 71 butang panik (panic button) di seluruh bangunan Mahkota Parade, Banda Hilir di sini bagi memastikan keselamatan lokasi tumpuan ramai itu lebih terjamin.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, inisiatif itu dilihat dapat membantu kepantasan pasukannya bertindak, seandainya berlaku kes jenayah seperti rompakan di pusat membeli-belah berkenaan.

Beliau berkata, ia adalah lokasi kedua di mana butang panik diperkenalkan, selepas Jonker Walk pada tahun lalu.

“Maklumat akan terus diterima kepada pihak pengawal keselamatan, kemudian akan terus segera melaporkan kepada polis untuk terus berada di lokasi kejadian.

“Dengan pemasangan butang panik ini sekiranya berlaku kejadian jenayah, maka mangsa atau pelancong boleh terus menekan butang peranti di lokasi yang disediakan,” katanya pada sidang akhbar selepas kempen keselamatan dan kesedaran jenayah di Mahkota Parade hari ini.

Tambah Zainol lagi, dalam kajian jenayah indeks membabitkan pasar raya di Melaka, dilaporkan sebanyak 114 kes berlaku dalam tempoh Januari hingga Mei 2021.

Jelasnya, kes berkenaan terus berlaku biarpun terdapat sedikit penurunan tempoh sama tahun ini iaitu hanya sebanyak 93 kes direkodkan membabitkan jenayah dalam bangunan.

“Pemasangan peranti berkenaan mempunyai keperluan berikutan kadar jenayah di Melaka membabitkan kecurian, pecah masuk bangunan dan pelbagai lagi berlaku pada fasa peralihan ke endemik.

“Pihak polis sentiasa mengambil inisiatif baharu khususnya dalam menentukan pelancong-pelancong sentiasa selamat apabila berada di negeri ini,” tegasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya