5 sekeluarga maut: Mangsa dalam perjalanan ziarah saudara

5 sekeluarga maut: Mangsa dalam perjalanan ziarah saudara

JENAZAH lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dibawa ke Unit Forensik di Hospital Gerik, Perak,  semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Lima sekeluarga yang maut dalam nahas jalan raya berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, petang semalam dalam perjalanan  ke Sungai Dua, Butterworth untuk menziarahi saudara mereka yang meninggal dunia.

Mohd. Rodhi Othman, 58, Ahmad Khomaini Abu, 30-an, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, Siti Aishah Mohd. Rodhi, 32, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5,  sebelum itu baru sahaja selesai menghantar ahli keluarga mereka mendaftar masuk di salah sebuah sekolah pondok di Pasir Tumboh, Kelantan awal pagi semalam.

Anak sulung Mohd Rodhi, Mohammad Firdaus, 35, berkata, arwah bapa, ibu, adik perempuan, adik ipar serta anak buahnya itu sepatutnya pulang hari ini selepas menghantar adik ketiganya berusia 29 tahun ke sekolah berkenaan.

Menurut Mohammad Firdaus, bagaimanapun ibunya menerima panggilan bahawa bapa mentua kepada adik ibunya itu meninggal dunia dan dikebumikan di Sungai Dua, Butterworth, malam tadi.

“Mereka semua bergerak ke Kelantan semalam (Jumaat) selepas mendaftar adik di sekolah agama pagi tadi (semalam). Kemudian mereka mendaftar keluar dari hotel pukul 12 tengah hari kerana menerima panggilan mengenai kematian saudara kami.

“Saya memang tak sangka mereka akan balik awal sebab pagi tadi (semalam) saya sempat menghubungi emak dan berbual dan dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

“Kemudian tidak lama selepas itu isteri saya menelefon memberitahu jiran kami memaklumkan emak, ayah, adik, adik ipar dan anak saudara saya terlibat dalam kemalangan. Saat itu saya terkejut dan lemah tidak boleh fikir apa-apa,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Gerik di sini, malam tadi.

Menurut Mohammad Firdaus, meskipun masih terkejut dan tidak mempercayai apa yang berlaku, dia reda dengan pemergian kelima-lima ahli keluarganya dan memaklumkan kesemua mereka akan dikebumikan kampung halaman mereka di Sungai Dua, Butterworth.

“Jenazah arwah emak dan ayah saya akan dikebumikan satu liang, manakala jenazah arwah adik bersama suami dan anaknya di dalam satu liang yang lain,” katanya.

Terdahulu media melaporkan lima maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas kenderaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dinaikinya mereka terlibat terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemandu dan empat penumpang MPV telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat kesemua mangsa kemudiannya di bawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga mangsa bagi urusan pengkebumian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya