400,000 spesies bunga ‘mewangi’ di Floria Diraja Putrajaya 2022

400,000 spesies bunga ‘mewangi’ di Floria Diraja Putrajaya 2022

SHAHIDAN Kassim (tengah) merasmikan majlis prapelancaran Festival Bunga dan Taman Floria Diraja Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Floria Diraja Putrajaya 2022 yang akan berlangsung mulai 29 Ogos hingga 4 September ini di Anjung Floria, Presint 4 menyasarkan kehadiran lebih 500,000 pengunjung.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim, penganjuran kali ke-12 ini akan membawa tema ‘Floria Hebat’ di mana bunga Orkid dipilih sebagai bunga tema festival.

“Saya yakin festival ini mampu mengembalikan keceriaan kepada masyarakat yang merindui warna-warni bunga-bungaan selama dua tahun disebabkan pandemik Covid-19.

“Festival ini akan mempamerkan kira-kira 400,000 bunga-bungaan serta tumbuh-tumbuhan pelbagai spesies dan warna dari dalam dan luar negara, termasuk 10,000 pokok orkid,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pra Pelancaran Floria Diraja Putrajaya 2022, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, sebanyak 50 ruang perniagaan berkonsepkan Garden Bazaar turut disediakan sepanjang tujuh hari penganjuran.

Selain penyertaan agensi dan jabatan kerajaan, festival tersebut turut menerima penyertaan antarabangsa daripada Singapura, China, Indonesia, Korea, Thailand, Taiwan, Jerman dan New Zealand.

Tambahnya, antara tarikan utama yang boleh dinantikan oleh pengunjung termasuklah Karoemt Merah atau Sky Walk yang menjadi laluan utama ke Floria, Gemerlapan Floria, Clock Meadow, Wall of Orchids, Taman ‘Glow in the Dark’, Floral Pavilion serta Pertunjukkan Orkid VIP.

Katanya lagi, Gemerlapan Floria juga akan membawa satu pengalaman baharu dengan beberapa laluan dan tapak akan dihujani dengan limpahan cahaya berwarna-warni yang dijangka menarik lebih ramai pengunjung pada waktu malam.

“Diharapkan festival ini dapat dijadikan platform untuk mendidik masyarakat supaya lebih menghargai alam sekitar dan memastikan setiap landskap terutamanya yang dibina oleh pihak berkuasa tempatan serta warisan sumber hutan tropika dijaga bagi kepentingan generasi akan datang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya