3 maut nahas motosikal 

3 maut nahas motosikal

KEMALANGAN maut membabitkan beberapa buah motosikal dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Georgetown, Pulau Pinang awal pagi tadi yang tular di media sosial.

GEORGETOWN: Satu kemalangan maut membabitkan beberapa buah motosikal  dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu dekat sini awal pagi tadi.

Video serta beberapa keping gambar berkenaan kemalangan itu turut tular di dalam media sosial awal pagi ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Difahamkan tiga maut manakala sekurang-kurangnya dua lagi cedera dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5 pagi tadi itu.

Bagaimanapun setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada polis atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN