17 pengunjung pusat hiburan positif dadah - Utusan Malaysia

17 pengunjung pusat hiburan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 17 pengunjung sebuah pusat hiburan ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan dijalankan sekitar Sea Park, di sini.

Serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil pemeriksaan ke atas 76 pengunjung itu mendapati 17 individu terlibat dengan pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah.

Katanya, polis merampas 42 gram (g) dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan ketamin seberat 11.5 gram (g) bernilai RM3,720.

“Semua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 39 (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, seorang wanita warga asing yang juga pekerja di sebuah pusat hiburan di Taman Megah di sini ditahan pada pukul 11.30 malam.

Jelasnya, dalam serbuan itu, seramai enam wanita tempatan dan 15 pelanggan diperiksa dan didapati tiada melakukan kesalahan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki yang juga penjaga kaunter gagal mengemukakan lesen hiburan dan lesen menjual minuman keras bagi tahun ini.

“Polis menahan lelaki berkenaan serta merampas sebanyak 12 botol minuman keras, empat peralatan audio, tujuh keping bil dan wang tunai berjumlah RM1,170.

“Dalam serbuan terakhir seorang lelaki tempatan yang juga penjaga kaunter pusat hiburan di sini ditahan atas kesalahan yang sama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya