143,630 notis saman warga asing

JPJ keluarkan 143,630 notis saman warga asing

ANGGOTA JPJ menolak motosikal disita dalam Op Pewa yang didakwa digunakan oleh warga asing di Seksyen 25, Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 143,630 notis saman yang telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, jumlah tersebut melibatkan 136,448 orang warga asing dari tahun 2019 sehingga bulan Mei tahun. 

“Bagi Selangor pula, sebanyak 6,851 notis saman dikeluarkan kepada 566 warga asing dalam tempoh sama. 

“Antara kesalahan yang dilakukan seperti tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), tiada lesen memandu, tiada lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam dan lain-lain lagi,” katanya dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Op Pewa) di Seksyen 25, semalam. 

Mengulas berhubung Ops Pewa hari ini, menurutnya, sebanyak 714 buah kenderaan yang diperiksa dalam operasi yang bermula dari 8 pagi hingga 5 petang itu. 

Kata Aedy Fadly, 22 buah kenderaan yang disita dengan 132 notis saman yang dikeluarkan JPJ Selangor dalam operasi tersebut. 

“Kami dapati bahawa warga asing ini membawa kenderaan yang mana kenderaan tersebut adalah pemilik warga Malaysia. 

“Mereka turut memberi pelbagai alasan seperti membawa kenderaan itu atas arahan majikan, hanya memandu dekat sahaja dan lain-lain lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya