137 laporan sindiket scam diterima di Putrajaya, rugi RM8 juta 

137 laporan sindiket scam babitkan kerugian RM8 juta diterima di Putrajaya

A. Asmadi Abdul Aziz semasa sesi townhall bertajuk 'Ragut Dalam Talian: Jangan Jadi Mangsa Seterusnya' di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 137 laporan berkaitan sindiket scam secara dalam talian dilaporkan berlaku di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, sejak awal tahun ini hingga Jun lalu membabitkan kerugian kira-kira RM8 juta. 

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz menerusi sesi townhall bertajuk ‘Ragut Dalam Talian: Jangan Jadi Mangsa Seterusnya’ yang berlangsung di sini, hari ini. 

A. Asmadi berkata, polis mendapati berlaku peningkatan kes membabitkan sindiket penipuan itu jika dibandingkan sejak dua tahun lalu. 

Beliau berkata, jumlah kerugian jenayah itu meningkat mendadak berbanding kerugian sekitar RM2.5 juta dan RM2 juta yang direkodkan masing-masing pada tahun 2021 dan 2020.

“Di Putrajaya, kebanyakan mangsa atau 52 peratus daripada keseluruhan kes membabitkan penjawat awam termasuk pesara. 

“Enam kategori kes penipuan dilaporkan iaitu Macau Scam, tipu pembelian dalam talian, pinjaman tidak wujud, tipu tawaran pekerjaan menggunakan platform e-dagang, pelaburan, serta ‘love dan parcel’ scam,” katanya. 

Polis turut melahirkan kebimbangan mengenai trend peningkatan kes Macau Scam di daerah ini apabila 44 laporan diterima setakat bulan lalu berbanding 38 laporan sepanjang tahun lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya