13 PATI ditahan dalam Op Benteng

13 PATI ditahan dalam Op Benteng

PATI yang cuba meloloskan diri masuk ke Malaysia melalui ladang getah berjaya ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT KAYU HITAM: Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba meloloskan diri untuk masuk ke Malaysia berjaya ditahan oleh Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen, semalam.

Pasukan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, kumpulan PATI yang membabitkan warganegara Thailand dan Myanmar itu ditangkap di dua lokasi berbeza dalam Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Dalam kejadian pertama pada pukul 11.15 pagi, pasukan operasi yang membuat rondaan di sempadan telah mengesan sekumpulan individu yang mencurigakan bergerak masuk dari arah pagar sempadan.

“Anggota yang bertugas telah bertindak menahan kesemua individu tersebut yang bersembunyi di kawasan semak dalam kebun getah. 

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai tujuh PATI Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta berumur antara 14 hingga 47 tahun terdiri daripada enam lelaki dan satu perempuan,” katanya.

Manakala dalam kejadian kedua pada pukul 5.18 petang semalam pula, Pasukan Serang dan Tangkap (Serkap) yang ditempatkan di kawasan ladang getah tidak jauh dari sempadan telah mengesan kelibat sekumpulan orang awam yang dalam mencurigakan.

“Anggota keselamatan telah bertindak dan hasil siasatan mendapati enam PATI terdiri daripada lima warganegara Myanmar dan dan seorang rakyat Thailand tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua mereka berumur antara 18 hingga 38 tahun iaitu lima lelaki dan seorang perempuan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sebanyak lima telefon bimbit, sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 Fi, wang tunai dalam matawang Myanmar dan Thailand serta 13 beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan RM5,209.25 turut dirampas dalam kedua-dua kejadian itu.

Kesemua PATI berkenaan kemudiannya telah diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya