terima RM2.68 juta

ZPP terima RM2.68 juta zakat dari sembilan syarikat korporat 

SAMSUDIN BAKAR (empat dari kiri) dan Amran Hazali (tiga dari kiri) bersama penyumbang zakat dalam Majlis 'Hi-Tea' dan serahan Zakat Korporat 2022 ZPP di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini. -UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima lebih RM2.68 juta zakat perniagaan daripada sembilan buah syarikat korporat di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali berkata, syarikat-syarikat itu ialah UDA Land North Sdn. Bhd. sebanyak RM713,212.90; Etiqa Takaful Sdn. Bhd. (RM449,930); Pertubuhan Peladang Kebangsaan atau Nafas (RM384,357.07) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebanyak RM365,000.

“Turut menyumbang ialah FGV Holdings Berhad sebanyak RM221,628; Bank Mualamat Malaysia Berhad (RM144,942.61); Mydin Iman Ikhlas Sdn. Bhd. (RM150,000); Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. (RM130,000) serta Takaful Malaysia sebanyak RM124,249.47,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis ‘Hi-Tea’ dan serahan Zakat Korporat 2022 di Hotel Ixora di sini, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis yang disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang juga Ahli Lembaga Pengarah ZPP iaitu Datuk Samsudin Bakar ialah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Dalam pada itu Amran berkata, selaras dengan peralihan dari fasa pandemik Covid-19 kepada endemik, ZPP telah memposisikan strategi pemerkasaan asnaf melalui pelbagai program agihan yang produktif.

Kata beliau, antaranya ialah melalui pembangunan skim agihan yang lebih efektif, bermatlamat menambah pendapatan asnaf seterusnya dapat menukar ‘mustahiq’ atau penerima zakat kepada ‘muzakki’ iaitu pemberi zakat.

“Program pemerkasaan asnaf melalui skim agihan produktif ini dijalankan menerusi program usahawan asnaf.

“Program-program ini dijayakan melalui kerjasama dengan agensi-agensi berkepentingan seperti SME Corp., Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan terbaharu, bersama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang melibatkan jalinan kerjasama untuk melaksanakan program latihan, kursus perniagaan serta bantuan modal perniagaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya