Wujudkan ladang tanaman makanan di kem tentera

Kementerian Pertahanan wujudkan ladang tanaman makanan di kem tentera

PROJEK Ladang Integrasi Tentera Darat yang diwujudkan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin, Negeri Sembilan. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Kementerian Pertahanan akan mewujudkan kawasan tanaman di kem-kem tentera bagi menjamin isu sekuriti makanan termasuk bagi memenuhi keperluan para anggota tentera.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, projek rintis bagi projek sekuriti makanan itu telahpun dimulakan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini dan seterusnya akan diperluaskan ke kem tentera lain.

HISHAMMUDDIN Tun Hussein dalam sidang akhbar selepas hadir pada Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin, Negeri Sembilan, hari ini. – FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

“Kami mahu tekankan mengenai sekuriti makanan ini dan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, kami sudah mula rintis persiapan untuk cucuk tanam bagi keperluan anggota tentera.

“Impian saya di setiap kem akan ada sekuriti makanan tersendiri, dalam apa juga keadaan, harga (makanan) melambung, kita mahu berdikari sendiri dan selain anggota kita boleh fokus kepada tanggungjawab utama iaitu keselamatan dan pertahanan negara,” katanya.

Beliau kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menghadiri Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini, hari ini.

Semalam, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain memaklumkan, Ladang Integrasi Tentera Darat di Kem Syed Sirajuddin, Gemas menerusi Program Kelestarian Makanan Tentera Darat merupakan usaha pengurusan tertinggi Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi membantu meringankan kos sara hidup warga tentera darat melalui hasil pertanian.

Kata beliau, pada masa yang sama, ladang tersebut merupakan langkah awal dalam menangani permasalahan krisis makanan yang berkemungkinan di hadapi pada masa hadapan.

Oleh itu, katanya, satu pelan tindakan jangka masa panjang yang komprehensif dirangka bagi menghadapi cabaran sedemikian demi memastikan kelestarian makanan dalam dalam tentera darat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya