Wujud segera Lembaga Unggas tangani isu ayam - UMNO

Wujud segera Lembaga Unggas tangani isu ayam – UMNO

DAP
AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu segera mewujudkan Lembaga Unggas Negara bagi menangani isu harga dan bekalan ayam yang terus menghimpit rakyat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cadangan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi bagi menggesa kerajaan menyelesaikan segera isu kenaikan harga barangan secara holistik, bersepadu dan berkesan.

Katanya, kenaikan kos sara hidup di samping harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat mendadak selain impak inflasi dan krisis ekonomi global menambah keperitan dihadapi rakyat ketika ini.

“Sebagai contoh, dalam isu harga ayam, cadangan untuk mewujudkan Lembaga Unggas Negara wajar dipertimbang agar isu ayam dilihat secara menyeluruh dari aspek pengeluaran, kos penternakan dan dedak agar tidak mudah dimanipulasi oleh pihak kartel yang berkepentingan.

“UMNO menegaskan agar subsidi-subsidi bersasar kerajaan seharusnya benar-benar memanfaatkan kelompok rakyat yang susah dan menderita akibat kenaikan kos sara hidup dan tidak sewenangnya ditarik balik hanya kerana kelemahan aspek penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Maslan berkata, UMNO bagaimanapun mendukung langkah kerajaan menarik balik keputusan awal bagi pengapungan harga ayam di pasaran dan tidak menaikkan kadar tarif elektrik serta air di samping komitmen untuk terus menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion walaupun kos bahan api dan penjanaan melonjak.

Katanya, mesyuarat itu turut memutuskan agar jentera pilihan raya UMNO di semua peringkat digembleng bersama dengan parti-parti komponen di bawah Barisan Nasional bagi memastikan kesiapsiagaan jentera parti di tahap tertinggi.

“Di samping itu, mesyuarat MKT mengulangi penegasan yang Akta Anti Lompat Parti perlu dibentang segera di Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di samping mewujudkan Akta Pendanaan Politik,” katanya.

ISHAM JALIL

Sementara itu, Ahmad Maslan berkata, dalam mesyuarat berkenaan aktivis media sosial, Isham Jalil dilantik dan mengangkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya