Warisan teliti sertai gabungan parti politik hadapi PRU-15

Warisan teliti sertai gabungan parti politik hadapi PRU-15

warisan
MOHD. Shafie Apdal ketika hadir melancarkan Parti Warisan Negeri Sembilan dan merasmikan Pejabat Perhubungan Parti Warisan Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHNAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Parti Warisan Sabah (Warisan) akan meneliti cadangan gabungan politik yang akan disertai parit itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) khususnya di Semenanjung Malaysia.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, dia mengakui sukar  untuk Warisan bertanding secara sendirian di Semenanjung Malaysia berbanding di Sabah. 

“Saya masih belum membuat apa-apa keputusan dalam menyertai mana-mana gabungan namun akan meneliti mengikut keadaan semasa menjelang PRU15.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana kami mengakui perlu bergabung dengan mana-mana parti yang sesuai kerana sukar untuk bertanding secara sendirian terutama di Semenanjung. 

“Pengalaman kami melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, perlu ada ada satu gabungan di Semenanjung berbanding di Sabah. Buat masa ini, fokus kami adalah untuk memperkukuh dan memperkenalkan Warisan di Semenanjung Malaysia sebelum menghadapi PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Parti Warisan Negeri Sembilan dan merasmikan Pejabat Perhubungan Parti Warisan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Mohd. Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna dalam pada itu berkata, Warisan sudah mempunyai bayangan kerusi yang akan ditandingi di Semenanjung.

“Kini kami mahu memperkukuh dan memperkenalkan calon-calon yang berpotensi untuk menjadi calon parti itu. 

“Parti ini masuk ke Semenanjung bukan untuk memecah belahkan rakyat tetapi bagi memberi ruang kepada mereka (rakyat) untuk membuat pilihan. Kami sebagai parti alternatif kepada rakyat,“ katanya lagi.

Sementara itu, Mohd. Shafie enggan mengulas lanjut mengenai namanya yang dikaitkan menerima wang dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

“Saya tidak mahu komen perkara itu, tunggu hari lain,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×